Blogger Backgrounds

Monday 21 April 2014

La Tahzan Innalaha Maa’na



It’s easy said than done but no one could deny the power of HIM. Nothing is imposible. Dia maha mengetahui. Bertahanlah duhai hati. Sekasar apa kau tersakiti, selembut apa tiap yg berbicara menghiris hati, tetaplah tabah. Sesungguhnya memendam perasaan yg terkesumat itu menandakan sebuah kecekalan. Kesabaran itu teruji saat meter amarah kita aktif. Saat itu , syaithon laknatullah memulakan misi. Aku bukan malaikat, bukan pula sang ulama tetapi hamba yg setiap kelip matanya dan setiap detik itulah mengalirnya dosa tanpa henti. Hina aku sehina-hinanya tapi Allah yg esa sentiasa memberiku peluang utk terus berada di sini. Allah memberikan aku , malah kita untuk terus hidup untuk hari ini dan keeokkkannya tak lain tak bukan kerna ingin kita kembali kepadanya, bertaubat dengan penuh keinsafan. Berubah, berubah, berubah. Nak berubah tu senang tapi nak istiqamah tu susah . bukan semua orang kuat. And i am not but I TRY. Orang boleh cakap “aku tak Nampak pun mana perubahan hang. Sama ja. Kat mana berubahnya”. Truely said, deep ! tapi betullah, aku tak tunjuk pun mana berubahnya aku. Aku nak berubah kerana Allah BUKAN kerana manusia. Aku cuba berubah untuk menjadi diri yg lebih baik bukan untuk tunjukkan pada sesisi dunia, akulah insan mulia, Nope ! nope and nope. Mungkin ada yg tertanya-tanya, di mana jelek yg aku khabarkan akan diriku ini tapi biarlah menjadi rahsia ketatku dengan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia amat teliti menjaga aibku. Aku sendiri tak terbayang. Andai aibku terbuka kelak, masih sudikan anak cucu Adam menerimaku kerna aku tahu manusia acapkali melupakan sejuta kebaikkan hanya kerna satu kesilapan. Inikan pula aku yang tak tebilang akan kekhilafanku sedangkan kebaikanku ntah ada ntah tidak. Aku terpaksa redha dengan segala yg berlaku dalam hidupku kerna aku yakin, segala yg terjadi punya hikmah tersendiri. Tambahan pula, hidup ini punya hukum karmanya. Well, what u give, u’ll get back. Tiap luka yg menikam hati dan jantungku , aku terus menilik khilaf diri. Ya, di mana-2 sahaja ada khilafku. Ouh man, terbuat luahan hati lak . wadduhhhh. Maaf ya.

Pilihan ? yeahhh, aku sangat tak suka tambah-tambah plak bila tersepit antara dua. Hayooo, why not benarkan aku lihat masa depan?  Kalaulah aku boleh lihat masa depan, aku janji , aku akan pilih tapi aku tak boleh. So aku hanya berdiam diri. Dalam erti kata mudah, just follow the flow. Ada kalanya, luka menjadi milikku . ada kalanya bahgia tu milikku. Aku syukuri segala pemberian Ilahi. Pesanku pada hati , tetaplah bertahan , hidup ini tak semudah dijangka, tak panjang seperti yg dipinta. Kita terlihat bahagia, tapi benarkah hati turut bergembira ? adakalanya kita tersenyum untuk menutup duka. Ada kalanya tawa yg terbit sekadar mengaburi tangisan yg tak kedengaran. Yakinlah ada Allah, sehebat mana kita merancang, tiada yg mampu menandingi kehebatan rancanganNya yg pastinya sentiasa sempurna.  Tak ku nafi, bahagia bukan milik kita selamanya tapi bahagia akan menjadi milik kita andai dalam hati tersemat rasa ‘BERSYUKUR. Dengan meletakkan Dia pada tempat yg paling tinggi , nescaya kecewa itu bukan milik kita. Yeahhh, aku cuba. Tuhan, kuatkan aku. Aku ingin bersamaMu selalu. Kadang-2 dalam hidup ni , tak semua yg kita nak , kita akan dapat. Itulah dinamakan kehidupan. Jalan-2 yg menghubungkan antara satu tempat dengan satu tempat pun manalah ada yg straight kan. Kalau tak berbengkang bengkok pun, komfem bersimpang siur punyalah. Kannnn.

Macam mana pun takdir yg tertulis untuk kita, just move on. Life must go on dear. Come on, tamau cry-2 . Allah kan ada. Biar manusia tinggalkan kita tapi JANGAN Allah. Ada kalanya pengorbanan itu menyakitkan tapi percayalah dalam keperitan tu pasti aka nada sinar bahagianya. Pecaya Allah kan ...


#motivate diri. * tarik nafas, pandang atas