It’s easy said than done but no one could deny the
power of HIM. Nothing is imposible. Dia maha mengetahui. Bertahanlah duhai
hati. Sekasar apa kau tersakiti, selembut apa tiap yg berbicara menghiris hati,
tetaplah tabah. Sesungguhnya memendam perasaan yg terkesumat itu menandakan
sebuah kecekalan. Kesabaran itu teruji saat meter amarah kita aktif. Saat itu ,
syaithon laknatullah memulakan misi. Aku bukan malaikat, bukan pula sang ulama
tetapi hamba yg setiap kelip matanya dan setiap detik itulah mengalirnya dosa tanpa
henti. Hina aku sehina-hinanya tapi Allah yg esa sentiasa memberiku peluang utk
terus berada di sini. Allah memberikan aku , malah kita untuk terus hidup untuk
hari ini dan keeokkkannya tak lain tak bukan kerna ingin kita kembali
kepadanya, bertaubat dengan penuh keinsafan. Berubah, berubah, berubah. Nak
berubah tu senang tapi nak istiqamah tu susah . bukan semua orang kuat. And i
am not but I TRY. Orang boleh cakap “aku tak Nampak pun mana perubahan hang.
Sama ja. Kat mana berubahnya”. Truely said, deep ! tapi betullah, aku tak
tunjuk pun mana berubahnya aku. Aku nak berubah kerana Allah BUKAN kerana
manusia. Aku cuba berubah untuk menjadi diri yg lebih baik bukan untuk
tunjukkan pada sesisi dunia, akulah insan mulia, Nope ! nope and nope. Mungkin
ada yg tertanya-tanya, di mana jelek yg aku khabarkan akan diriku ini tapi
biarlah menjadi rahsia ketatku dengan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia amat
teliti menjaga aibku. Aku sendiri tak terbayang. Andai aibku terbuka kelak,
masih sudikan anak cucu Adam menerimaku kerna aku tahu manusia acapkali
melupakan sejuta kebaikkan hanya kerna satu kesilapan. Inikan pula aku yang tak
tebilang akan kekhilafanku sedangkan kebaikanku ntah ada ntah tidak. Aku
terpaksa redha dengan segala yg berlaku dalam hidupku kerna aku yakin, segala
yg terjadi punya hikmah tersendiri. Tambahan pula, hidup ini punya hukum
karmanya. Well, what u give, u’ll get back. Tiap luka yg menikam hati dan
jantungku , aku terus menilik khilaf diri. Ya, di mana-2 sahaja ada khilafku.
Ouh man, terbuat luahan hati lak . wadduhhhh. Maaf ya.
Pilihan ? yeahhh, aku sangat tak suka tambah-tambah
plak bila tersepit antara dua. Hayooo, why not benarkan aku lihat masa depan? Kalaulah aku boleh lihat masa depan, aku janji
, aku akan pilih tapi aku tak boleh. So aku hanya berdiam diri. Dalam erti kata
mudah, just follow the flow. Ada kalanya, luka menjadi milikku . ada kalanya
bahgia tu milikku. Aku syukuri segala pemberian Ilahi. Pesanku pada hati ,
tetaplah bertahan , hidup ini tak semudah dijangka, tak panjang seperti yg
dipinta. Kita terlihat bahagia, tapi benarkah hati turut bergembira ?
adakalanya kita tersenyum untuk menutup duka. Ada kalanya tawa yg terbit
sekadar mengaburi tangisan yg tak kedengaran. Yakinlah ada Allah, sehebat mana
kita merancang, tiada yg mampu menandingi kehebatan rancanganNya yg pastinya
sentiasa sempurna. Tak ku nafi, bahagia
bukan milik kita selamanya tapi bahagia akan menjadi milik kita andai dalam
hati tersemat rasa ‘BERSYUKUR. Dengan meletakkan Dia pada tempat yg paling
tinggi , nescaya kecewa itu bukan milik kita. Yeahhh, aku cuba. Tuhan, kuatkan
aku. Aku ingin bersamaMu selalu. Kadang-2 dalam hidup ni , tak semua yg kita
nak , kita akan dapat. Itulah dinamakan kehidupan. Jalan-2 yg menghubungkan
antara satu tempat dengan satu tempat pun manalah ada yg straight kan. Kalau
tak berbengkang bengkok pun, komfem bersimpang siur punyalah. Kannnn.
Macam mana pun takdir yg tertulis untuk kita, just
move on. Life must go on dear. Come on, tamau cry-2 . Allah kan ada. Biar
manusia tinggalkan kita tapi JANGAN Allah. Ada kalanya pengorbanan itu
menyakitkan tapi percayalah dalam keperitan tu pasti aka nada sinar bahagianya.
Pecaya Allah kan ...
#motivate diri. * tarik nafas, pandang atas